Friday, 30 March 2012



SYAMELATI CAFE..
KANDUNGAN 20PEKETX 25GRM..

KANDUNGAN 20PEKET X 25GRAM RM60

GINGKO BILOBA + GINSENG + TONGKAT ALI + MISAI KUCING + HABBATUS SAUDA + GUARANA


PENGENALAN

Ginkgo Biloba adalah salah satu spesies tumbuhan hidup paling tua. Daunnya dikaji secara meluas untuk kegunaan hari ini. Tidak seperti kebanyakan herba perubatan lain, daun ginkgo tidak digunakan dalam keadaan asal (semulajadi) tetapi digunakan dalam bentuk kepekatan, iaitu ekstrak ginkgo biloba (GBE).
Di Eropah dan Amerika Syarikat, suplemen ginkgo adalah herba perubatan yang terbaik jualannya dan berterusan menjadi ubat yang paling tinggi permintaannya di Perancis dan Jerman.
Ginkgo biloba telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat proses peredaran darah yang terganggu (circulatory disorders) dan menguatkan daya ingatan. Kajian saintifik sejak bertahun-tahun yang lalu turut menyokong perubatan tradisional ini. Bukti menunjukkan GBE adalah berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan pengurangan aliran darah ke otak yang biasanya berlaku pada individu yang berumur. Kajian makmal menunjukkan GBE memperbaiki peredaran darah dengan membesarkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet darah.
Daun ginkgo juga mengandungi dua jenis bahan kimia (flavonoid dan terpenoid) yang dipercayai mengandungi ciri-ciri antioksidan. Antioksidan adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan membantu mengurangkan atau mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Kehadiran radikal bebas boleh melumpuhkan sebatian dalam badan yang mengubah membran sel, merosakkan DNA dan juga menyebabkan sel mati. Radikal bebas terjadi secara semulajadi dalam badan tetapi toksin persekitaran (termasuk cahaya UV, radiasi, asap tembakau dan pencemaran udara) juga boleh menambah bilangan zarah-zarah yang rosak. Radikal bebas dipercayai menyumbang kepada masalah kesihatan termasuk sakit jantung dan kanser sebagaimana ia menyebabkan penyakit Alzheimer dan penyakit kronik lain.
 
STRUKTUR FIZIKAL

Ginkgo Biloba merupakan spesies pokok tertua. Sepohon tunggal ginkgo boleh hidup selama 1000 tahun dan tumbuh sehingga ketinggian 120 kaki. Ia mempunyai ranting/dahan pendek dengan daun berbentuk kipas dan buah yang tidak boleh dimakan yang mengeluarkan bau yang kuat. Buahnya mengandungi biji benih dan terdapat satu laporan keracunan makanan setelah makan biji benih tersebut.
 Kajian moden telah memfokus kepada GBE iaitu ekstrak ginkgo biloba yang disediakan daripada daun hijau yang telah kering. Ekstrak ini dipekatkan dan kelihatan lebih efektif secara klinikal dalam merawat masalah kesihatan (terutamanya penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah).
 
KANDUNGAN

Lebih 40 komponen yang diekstrak daripada pohon ginkgo telah dikenalpasti tetapi hanya 2 komponen yang dipercayai memberi kesan herba yang bermanfaat kepada manusia iaitu flavonoid dan terpenoid. Flavonoid (seperti quercetin dan rutin) mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi. Kajian makmal menunjukkan flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala terpenoid (seperti ginkgolide) memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
 
FAEDAH DALAM PERUBATAN

Merujuk kepada kajian yang dijalankan di makmal mendapati kebanyakan professional dalam bidang penjagaan kesihatan mencadangkan ginkgo untuk masalah kesihatan berikut :
1) Dementia (penyakit otak) dan Alzheimer
%u2013   Digunakan secara meluas di Eropah untuk merawat Dementia (sakit sawan kronik) disebabkan kemampuannya untuk memperbaiki aliran darah ke otak dan ciri-ciri antioksidannya. Ginkgo juga telah diakui terbukti mampu memperbaiki pemikiran, pembelajaran dan ingatan dalam diri individu yang menghidap Alzheimer.
%u2013   Kajian klinikal mendapati ginkgo boleh membekalkan fungsi berikut kepada pesakit Alzheimer iaitu :
a) memperbaiki pemikiran, pembelajaran dan ingatan (fungsi kognitif)
b) memperbaiki aktiviti hidup seharian
c) memperbaiki kelakuan sosial / sifat sosial
d) mengurangkan tekanan perasaan
-   Beberapa kajian mendapati ginkgo berkesan sebagai ubat utama untuk Alzheimer dalam melambatkan simptom dementia pesakit. Tambahan pula, ginkgo kadang kala digunakan sebagai pencegah kerana ia boleh melambatkan serangan Alzheimer pada sesiapa yang berisiko menghidapnya (sebagai contoh ; sejarah keluarga Alzheimer).
2) Masalah Mata
-   Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan masalah retinal (iaitu masalah bahagian belakang mata). Kerosakan retinal mempunyai beberapa penyebab yang berpotensi termasuk diabetes dan macular degeneration iaitu sakit bahagian dalam mata yang merosot %u2013 keadaan ini biasanya dihidapi oleh warga tua yang mana garisan dalam mata yang dikenali kawasan macula retina mengalami penipisan dan dalam sestengah kes boleh menyebabkan pendarahan.
-   Macular degeneration biasanya dipanggil age-related macular degeneration atau ARMD.
-   Merujuk kepada American Academy of Ophthalmology, macular degeneration adalah penyebab utama kehilangan pusat penglihatan (kebutaan) di Amerika Syarikat pada hari ini bagi kebanyakan rakyat yang berumur melebihi 50 tahun.
3) Intermittent Claudication
-   Disebabkan ginkgo dilaporkan memperbaiki aliran darah, herba ini telah dikaji pada pesakit Intermittent Claudication (kesakitan yang disebabkan oleh aliran darah yang tak seimbang ke kaki). Penghidap penyakit ini sukar berjalan tanpa mengalami kesakitan yang amat sangat.
-   Satu analisis berkenaan 8 kajian yang telah diterbitkan menunjukkan bahawa individu yang mengambil ginkgo mampu berjalan secara kasar 34 meter lebih jauh daripada yang mengambil placebo (ubat tanpa kesan fisiologi). Bahkan, ginkgo didapati adalah efektif sebagai ubat utama dalam merawat kesakitan jarak perjalanan (pain-free walking distance). Bagaimanapun, latihan berjalan biasa adalah lebih baik daripada ginkgo untuk memperbaiki jarak berjalan.
4) Lemah daya ingatan
-   Ginkgo dikenali secara meluas sebagai herba otak. Para penyelidik yang menjalankan analisis terhadap semua kajian yang telah diterbitkan dan berkualiti tinggi berkenaan ginkgo dan kerosakan ingatan halus /mild memory impairment (individu tanpa Alzheimer atau bentuk lain penyakit otak), menyimpulkan bahawa ginkgo adalah secara signifikannya lebih efektif daripada placebo dalam menguatkan ingatan dan fungsi kognitif.
-   Ginkgo biasanya ditambah dalam bar pemakanan, air minuman ringan dan buah-buahan untuk menguatkan ingatan dan menambah perlaksanaan kognitif, walaupun terdapat perdebatan sama ada kuantiti kecil ginkgo yang didapati dalam produk tersebut adalah efektif.
5) Tinnitus
-   Kerosakan saraf dan sesetengah penyakit saluran darah boleh menyebabkan tinnitus (penyakit telinga yang menyebabkan penghidapnya mendengar bunyi deringan, desiran, dengungan atau bunyi lain di telinga atau kepala tanpa kehadiran bunyi luaran).
-   Sesetengah penyelidik telah menjalankan kajian sama ada ginkgo melegakan simptom bagi penyakit pendengaran. Walaupun kualiti kebanyakan kajian adalah lemah, pengulas membuat kesimpulan bahawa ginkgo secara perlahan-lahan melegakan kenyaringan bunyi tinnitus.
-   Bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap 1121 orang dengan tinnitus mendapati ginkgo (diberi 3 kali sehari untuk 3 bulan) adalah tidak begitu berkesan daripada placebo bagi merawat simptom tinnitus. Daripada penemuan yang konflik ini, nilai perubatan bagi ginkgo untuk tinnitus adalah tidak tentu. Kesimpulannya, tinnitus adalah masalah yang sukar diubati.
6) Kegunaan Lain
-   Para profesional dalam bidang penjagaan kesihatan mencadangkan ginkgo untuk merawat pelbagai penyakit ringan lain termasuk muntah-muntah, kebingungan, tekanan / kesedihan, pening kepala, tekanan darah tinggi dan erectile dysfunction (masalah berkaitan sistem seksual).
-   Satu kajian klinikal mendapati ekstrak ginkgo boleh mengurangkan kesan sampingan menopause sebagaimana osteoprosis dan penyakit kardiovaskular. Wanita enggan menggunakan terapi pengganti hormon farmasi (HRT) disebabkan kesan sampingan seperti pendarahan tak teratur dan peningkatan risiko kanser payudara. Beberapa kajian melaporkan bahawa ekstrak ginkgo mempunyai aktiviti estrogenik dan boleh jadi sesuai sebagai satu alternatif untuk HRT.
-   Satu ekstrak ginkgo telah dilaporkan secara signifikannya boleh memperbaiki ukuran fungsi seperti koordinasi, tahap tenaga, kekuatan, mental, mood dan sensasi dalam 22 individu dengan pelbagai sclerosis (pengerasan tisu).


PENGENALAN

Ginseng berasal daripada perkataan schin seng, jen-seng, atau ren-shen, yang bererti tubuh manusia. Ini adalah disebabkan kesamaan bentuk akarnya dengan tubuh badan manusia. Selain daripada itu, ginseng juga dikenali sebagai %u2018Green Gold%u2019 disebabkan harganya yang mahal. Ginseng diberi nama Latin atau saintifik yang berbunyi Panax oleh ahli botani. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit (cure all). Panax berasal daripada familiAraliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famali Panacea. Selain daripada kaum Cina, orang tempatan Amerika Utara (North Native American) juga menggunakan ginseng sebagai ubat. Terdapat banyak ginseng semulajadi atau lebih dikenali sebagai ginseng liar yang tumbuh di benua Amerika Utara dan dikenali sebagai Panax quinquefolium.
 
STRUKTUR FIZIKAL DAN HABITAT GINSENG

Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang yang boleh tumbuh sehingga beratusan tahun. Badan herba itu adalah pendek dan seluruh badannya terbenam dalam tanah. Pada kebiasaannya habitat semulajadi ginseng adalah di lurah-lurah yang curam dan berteduh di hutan tebal. Sebatang ginseng yang matang akan mempunyai lima daun di tangkainya. Ginseng akan berbunga pada setiap musim bunga. Kuntum bunga ginseng berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas. Ginseng akan terus tumbuh sehingga saiznya mencapai 7-21 inci. Badan ginseng adalah 100% akar yang berwarna kuning cerah. Ginseng mempunyai akar yang bercabang dan panjang.      
                                                     
KANDUNGAN GINSENG

Bahagian yang paling bernilai bagi sebatang ginseng adalah bahagian akarnya yang berbentuk seperti tubuh badan manusia. Akar ginseng mengandungi 16 jenis %u2018ginesenasida%u2019, triester, panaxtriol , karbohidrat, selulosa, mineral, dan lain-lain lagi yang dapat mengaktifkan kelenjar hormon serta mengawal fungsi otak dan badan. Pada tahun 1960-an, pengkaji-pengkaji di Moscow dan Tokyo menemui satu sebatian di dalam ginseng dan mereka menamakannya sebagai %u2018terpenidol glycosides%u2019. Mereka menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus dalam kajian, didapati sebatian tersebut dapat membekalkan lebih tenaga kepada tikus tersebut. Pengkaji-pengkaji mengesan sebatian itu terdiri daripada molekul gula dan molekul %u2018terpenoid%u2019. %u2018Terpenoid%u2019 ialah sejenis hormon yang terdapat pada tumbuhan yang serupa dengan hormon pada haiwan. Kemudiannya, terpenodol glycosides telah dinamakan sebagai %u2018ginesenosides%u2019. %u2018Ginesenosides%u2019 yang memainkan peranan membuat ginseng terkenal dengan nama %u2018ubat segala penyakit.%u2019
 
JENIS-JENIS GINSENG
  
 American ginsengAsiatic ginseng
Nama sainstifikPanax quinquefolium L.Panax ginseng
WarnaPutihMerah
HabitatSouthern Ontario ke Georgia dan WisconsinUtara China dan Korea Utara
Kesan ke atas fisiologi badan'menyejukkan' badan'memanaskan' badan
Kandungan ginsenosides3-4 kali lebih daripada Asiatic ginseng1 kali
 
American ginseng dikatakan boleh menyejukan badan berlawan dengan Asiatic ginseng yang akan memanaskan badan adalah berikutan daripada kepercayaan orang Cina tentang Prinsip Kekutuban iaitu berkenaan dengan Yin Yang. American ginseng mempunyai kandungan ginsenosides yang lebih tinggi daripada Asiatic ginseng maka ianya dikatakan mempunyai nilai perubatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah jenis ginsenosides yang terkandung di Asiatic ginseng tidak didapati di American ginseng.
 
KEGUNAAN DAN KEBAIKAN GINSENG

Ginseng digunakan untuk meninggikan daya ketahanan fizikal dan mental manusia, meningkatkan tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser. Selain itu, peranan tradisional ginseng adalah meningkatkan keharmonian seks. Ginseng juga menguatkan fizikal badan untuk melawan keletihan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ginseng yang kerap menbawa manfaat untuk penyakit Alzheimer%u2019s (penyakit hilang ingatan / nyanyuk), menangani penyakit diabetes (merendahkan kandungan gula dalam badan), mengatasi masalah penuaan (aging process), menguatkan sistem keimunan dan lain-lain lagi. Berikut merupakan keterangan lanjut tentang kebaikan ginseng :
1) Mengurangkan tekanan kehidupan
Kajian-kajian yang lepas dan berterusan hingga masa kini membuktikan ginseng berkesan membantu tubuh  manusia dalam menangani masalah tekanan hidup. Dalam kajian yang dijalankan dalam makmal di Korea, Rusia, Bulgaria, Amerika Utara dan London yang menggunakan tikus sebagai eksperimen, menunjukkan tikus di bawah tekanan akan menjadi lebih lengah jika diberi dos ginseng yang ditetapkan. Buku yang berjudul "Ginseng, The Magical Herb of the East" yang dikarang oleh Stephen Fulder, menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan lebih cepat. Pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng meninggalkan kesan positif kepada kelenjar adrenal dan aktiviti minda.
2) Tekanan, kecergasan dan daya ketahanan
Pada tahun 1980-an, segolongan pengkaji dari Universiti California mendapati bahawa ginseng dapat meningkatkan keefisienan penghasilan tenaga dalam badan. Selain itu, didapati ginseng menstabilkan kadar metabolisme badan dengan menggalakkan pencernaan makanan, penghasilan tenaga dari makanan tercerna dan menyingkirkan toksik dalam tubuh manusia. Kandungan ginsenosides dalam ginseng memperbaiki sistem saraf dalam tubuh manusia dengan mengalirkan lebih banyak darah ke otak dan mengaktifkan neurotransmitter di otak.
3) Kardiovaskular
Ginseng dibuktikan memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular dan sistem saraf pusat. Menurut Fulder, orang Cina menggunakan ginseng sebagai salah satu cara untuk menstabilkan tekanan darah selepas diserang penyakit jantung secara tiba-tiba. Doktor-doktor dari Rusia dan Jerman juga berpendapat ginseng berkesan untuk merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan ginseng seperti ginserosides, triester, panaxatrial dapat mengaturkan tekanan darah manusia dengan menurunkan kadar kolesterol, merangsang sistem saraf dan tonik. Selain itu, ginseng Amerika yang bersifat Yin dipercayai lebih berkesan berbanding dengan ginseng Asia dalam tujuan merendahkan paras kolesterol di dalam tubuh manusia. Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji di universiti Wisconsin, mereka mendapati ginseng Amerika merupakan bahan yang paling berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol dalam  badan haiwan.
4) Menguatkan sistem keimunan
Fulder telah menjalankan satu eksperimen dengan memberikan sekumpulan haiwan memakan ginseng. Selepas itu, dia telah menyuntik haiwan tersebut dengan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Keputusan mendapati bahawa haiwan tersebut kekal sihat. Ini telah membuktikan bahawa ginseng dapat menguatkan keimunan seseorang. Di Jepun, pengkaji mendapati ginseng dapat menguatkan sistem keimunan dengan mengukuhkan daya ketahanan sel darah putih yang bertindak sebagai antibodi untuk melawan sebarang mikroorganisma yang menyerang badan kita. Ginseng memperbanyakan sel darah putih dengan merangsang proses penghasilan sel darah putih di sumsum tulang.
5) Merawati kanser
Didapati ginseng mampu melindungi badan kita dari kesan sampingan dadah dan terapi radioaktif dalam proses mengubati penyakit kanser (sinaran radioaktif digunakan untuk membunuh sel kanser). Pengkaji-pengkaji Korea dan Rusia menunjukkan pesakit yang memakan dos ginseng yang ditetapkan berkemampuan menahan peningkatan penggunaan dadah anti kanser. Ahli-ahli sains menjalankan satu eksperimen seperti berikut:
Tikus yang diberi ginseng berjaya merendahkan paras klorohidrat, ubat pelali dan alkohol dalam badannya. Ahli sains juga mendapati bahawa tikus tersebut menyembuh dengan lebih cepat dan apabila dipancar dengan sinaran-X, daya resisten bertambah dua kali ganda. Selain itu, tikus tersebut lebih cenderung untuk hidup selepas disuntikkan dengan racun, bakteria dan dadah anti-kanser.
6) Diabetes
Oleh sebab ginseng berkesan mewujudkan satu sistem metabolisme yang sihat dan bersih, maka ianya dapat mengubati penyakit diabetes. Diabetes ialah ketidakseimbangan paras gula di dalam darah. Ginseng boleh meningkatkan paras glukosa dalam darah jika badan kekurangan glukosa akibat suntikan hormon insulin yang berlebihan. Sebaliknya jika aras glukosa dalam tubuh haiwan meningkat dengan mendadak ginseng boleh merendahkannya. Inilah fungsi ginseng sebagai penyeimbang aras glukosa dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa ginseng hanya berperanan sebagai pembantu ubat dan bukannya pengganti ubat.
7) Menambah keharmonian suami-isteri
Ginseng telah dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji mendapati ginseng mengandungi bahan tertentu yang merangsang penambahan keaktifan hormon seks sekali gus menambah kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang menderita akibat masalah kemandulan. Di samping itu, ginseng juga berkesan kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka iaitu tetap pada masanya.
8) Penuaan
Ginseng melambatkan proses penuaan yang umum dengan menjanakan proses pengaliran darah yang sihat. Ginseng mencegah penyakit kardiovaskular dan juga berkesan meringankan keletihan. Maka, ginseng boleh dikatakan sebagai perangsang yang selamat dan boleh digunakan secara berterusan. Di negara China purba iaitu seawal dinasti Shang, penduduk pada masa itu telah tahu menggunakan ginseng untuk mengurangkan kesakitan pada sendi atau dikenali sebagai arthritis.



SYAMELATI CAFE..
KANDUNGAN 20PEKETX 25GRM..

KANDUNGAN 20PEKET X 25GRAM RM60


HANYA RM60.00 SAHAJA!!

Apa tunggu lagi.......beli la sekarang!!


SILA CALL ATAU SMS IEDA 0126756473

No comments:

Post a Comment